Syarikat Portfolio Kami
Penerangan
UNITAR Education Group ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai UNITAR College dengan matlamat untuk menyediakan peluang pembelajaran yang inklusif, melahirkan graduan kompeten yang bersedia menghadapi tuntutan industri dan mempunyai perspektif global. UNITAR memupuk kecemerlangan akademik dan kerjaya. UNITAR College memperkasa bakal pelajar menerusi program Sijil, Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf industri, sekali gus melengkapkan mereka dengan asas yang kukuh untuk cemerlang dalam perjalanan pendidikan dan kerjaya.
UNITAR Education Group telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai UNITAR College dengan visi untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang inklusif dan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat. UNITAR kini menawarkan rangkaian program yang merangkumi peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah, termasuk pengajian sarjana dan kedoktoran, yang disampaikan melalui pembelajaran bersemuka serta platform dalam talian.
UNITAR turut membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional melalui pelbagai kursus jangka pendek, pensijilan dan latihan tersuai yang direka khas untuk golongan dewasa bekerja, profesional industri dan organisasi.
Dengan penekanan terhadap kecekapan akademik serta kerjaya, UNITAR melahirkan graduan kompeten yang bersedia menghadapi tuntutan industri.
Tarikh Perolehan