Ekuinas Logo
Kenali Kami
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Peranan Kami
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Ruang Berita
Keratan AkhbarPengumumanLaporan
enbm
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Alamat Pejabat

Ekuiti Nasional Berhad 200901025164 (868265-U)
Level 16, Surian Tower,
No.1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Emel:

[email protected]

Telefon:

+603 - 7710 7171

Faks:

+603 - 7710 7173

Kenali Kami

Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat

Peranan Kami

Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Memperluas Skala Syarikat Pasaran Pertengahan MalaysiaMemperkasa Penyertaan BumiputeraMencipta ImpakKelestarian sebagai Pemangkin Penciptaan Nilai

ILTIZAM

PendidikanKeusahawananKomuniti

Ruang Berita

Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Ikuti Kami

Hubungi Kami

© 2026 Ekuinas - Ekuiti Nasional Berhad

 hero image

Capacity Building

Membuka Peluang Pertumbuhan, Memperluas Akses Kepada Modal.

Capacity Building merupakan inisiatif strategik Ekuinas bagi memperkukuh dan mempercepat pertumbuhan syarikat Bumiputera dalam segmen pasaran pertengahan rendah melalui Pelan Penciptaan Nilai yang tersuai. Inisiatif ini dirangka untuk memperkasa perniagaan agar berkembang secara mampan dan bersedia menerima pelaburan serta berpeluang untuk mengakses modal daripada pelbagai saluran yang tersedia dalam pasaran.

Capacity Building mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memperkasa ekonomi Bumiputera secara tersusun, boleh diukur dan berimpak tinggi. Inisiatif ini membolehkan kami melangkaui penyediaan modal dengan membina perniagaan yang berdaya tahan, mampu berdikari, bersaing secara strategik serta berkembang mengikut hala tuju yang mereka rancangkan.

Menyokong Syarikat Peneraju Bumiputera Generasi Baharu

Dalam tempoh tiga (3) tahun, syarikat-syarikat terpilih akan menerima intervensi strategik yang merangkumi enam (6) teras asas perniagaan utama. Teras-teras ini diperkukuh dengan inisiatif kepimpinan transformasional serta membina ketersediaan syarikat untuk menerima pelaburan, membuka akses kepada modal dan pasaran baharu.

Semua Pelan Penciptaan Nilai dilaksanakan bersama rakan kongsi berkaliber dan dipantau oleh pasukan Capacity Building di Ekuinas yang terdiri daripada pakar pelaburan profesional dan pakar dalam bidang-bidang spesifik. Matlamat kami adalah memastikan syarikat yang dibimbing bersedia untuk menerima pelaburan, serta membuka akses kepada modal dan pasaran baharu.

Laluan Pertumbuhan Berimpak Tinggi

Syarikat- syarikat milik Bumiputera Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan di bawah dialu-alukan memohon untuk menyertai Capacity Building.

Menjana hasil tahunan antara RM15 juta hingga RM50 juta

Menunjukkan keuntungan yang konsisten serta mempunyai hasrat jelas untuk berkembang

Mempunyai rekod operasi sekurang-kurangnya 3 tahun

Beroperasi dalam sektor yang mempunyai penyertaan Bumiputera yang rendah

Hubungi Kami