
Nadi Ekuinas terletak pada komitmen teguh terhadap tadbir urus korporat. Dengan menekankan ketelusan, usaha wajar menyeluruh dan piawaian etika yang tinggi, kami memperkukuhkan akauntabiliti dan memupuk kepercayaan pelabur, syarikat portfolio, serta pihak berkepentingan.
1.
2.
3.
Piagam Tadbir Urus mencerminkan nilai teras dan prinsip Ekuinas, di samping menjadi panduan kepada tanggungjawab Lembaga Pengarah dan pernyataan standard yang menjadi asas pelaksanaannya. Piagam Tadbir Urus merangkumi bidang utama berikut:
Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah
Komposisi Lembaga Pengarah
Kod Tatakelakuan
Perwakilan Kuasa
Piagam Tadbir Urus kami boleh dirujuk di sini.
Beberapa Jawatankuasa Lembaga Pengarah telah ditubuhkan bagi menyokong Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan serta menyediakan pengawasan bebas terhadap pengurusan Syarikat.
Komitmen kami terhadap integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dizahirkan melalui dasar-dasar utama yang memperkukuh fungsi pengawasan Lembaga Pengarah.
Kami mengekalkan amalan terbaik ekuiti persendirian global dengan memastikan pendedahan maklumat berkaitan pelaburan dilaksanakan secara adil dan tepat pada masanya. Dasar Pendedahan Maklumat yang terperinci boleh dirujuk di sini.
Kami mengamalkan pendirian toleransi sifar terhadap rasuah dan penyelewengan. Dasar Anti Sogokan dan Antirasuah (ABC) menyokong usaha pengesanan pencegahan dan penyiasatan terhadap sebarang penyelewengan. Dasar Antirasuah dan Antipenyelewengan boleh dirujuk di sini.
Dasar Pemberitahuan Maklumat menyediakan saluran yang selamat bagi kakitangan dan pihak luar untuk melaporkan tingkah laku tidak beretika, penipuan atau pelanggaran Kod Etika tanpa bimbang dikenakan tindakan. Dasar yang serupa turut diguna pakai di seluruh syarikat portfolio kami dan sebarang aduan akan dikemukakan melalui saluran-saluran yang ditetapkan.
Pihak berkepentingan boleh membuat aduan berkaitan sebarang kesalahan yang mereka perhatikan dan alami, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
Sebarang aduan hendaklah disertai maklumat penuh dan khusus mengenai tingkah laku tidak wajar serta, jika boleh, bukti sokongan bagi memudahkan siasatan.
Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko
[email protected]Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
[email protected]Dasar pemberitahu maklumat boleh dirujuk di sini.
Penyedia perkhidmatan perlu komited terhadap standard integriti seperti yang digariskan dalam Kod ini. Semua kakitangan wajib mematuhi Kod ini ketika berurusan dengan para penyedia perkhidmatan. Kod ini berfungsi sebagai panduan untuk membina hubungan perniagaan yang mampan berasaskan integriti, kejujuran, akauntabiliti dan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.
Kod Etika kami boleh dirujuk di sini manakala Kod Tatakelakuan Penyedia Perkhidmatan boleh dirujuk di sini.