
Tema “Menyerahkan Baton, Menyambung Legasi” mencerminkan peralihan penting bagi Ekuinas, dari aspek kepimpinan, penyelarasan institusi dan momentum baharu. Tema ini merangkumi kedua-dua dimensi insan dan organisasi yang membentuk perjalanan kami. Kami menghargai kepimpinan yang telah membawa kami ke tahap ini, sambil sedia menyambut peluang-peluang baharu.
Tema ini juga diinspirasikan daripada agenda GEAR-uP Malaysia dan prinsip kesinambungan berpasukan seperti dalam larian berganti-ganti, berteraskan gagasan bahawa kemajuan negara dicapai apabila institusi-institusi, bekerjasama secara tersusun dan berterusan, dengan setiap pihak meneruskan peranan untuk membina pencapaian yang telah diusahakan oleh pihak sebelumnya, seiring dengan tema Laporan Impak 2025 kami, “Menyerahkan Baton, Menyambung Legasi’’. Dalam semangat ini, segala usaha mencerminkan tujuan bersama, kepercayaan institusi serta kesinambungan legasi, dengan setiap peralihan memperkukuh momentum kolektif pembangunan ekonomi negara.