Ekuinas Logo
Kenali Kami
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Peranan Kami
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Ruang Berita
Keratan AkhbarPengumumanLaporan
enbm
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Alamat Pejabat

Ekuiti Nasional Berhad 200901025164 (868265-U)
Level 16, Surian Tower,
No.1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Emel:

[email protected]

Telefon:

+603 - 7710 7171

Faks:

+603 - 7710 7173

Kenali Kami

Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat

Peranan Kami

Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Memperluas Skala Syarikat Pasaran Pertengahan MalaysiaMemperkasa Penyertaan BumiputeraMencipta ImpakKelestarian sebagai Pemangkin Penciptaan Nilai

ILTIZAM

PendidikanKeusahawananKomuniti

Ruang Berita

Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Ikuti Kami

Hubungi Kami

© 2026 Ekuinas - Ekuiti Nasional Berhad

 hero image

Mengenai Kami

Membina Peneraju Pasaran Malaysia.

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) ialah sebuah firma modal persendirian yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 September 2009 bagi memacu pembangunan ekonomi Bumiputera yang saksama serta meningkatkan penyertaan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh. Kami bertekad membina syarikat peneraju generasi baharu Malaysia dan melahirkan usahawan berdaya saing dan berprestasi tinggi, di samping memperkukuh penglibatan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti, kepimpinan dan pengurusan kanan, pekerjaan serta rantaian bekalan. Dengan pengalaman pelaburan lebih sedekad, kami mengamalkan pendekatan berteraskan pasaran yang berpaksikan merit dan ketelusan.

Pada Januari 2025, Ekuinas telah disatukan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) dan seterusnya menjadi anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kini, Ekuinas berperanan sebagai cabang Modal Persendirian Domestik PNB, lantas memperkukuh mandat kami dalam memacu penciptaan nilai jangka panjang serta menyokong pembangunan ekonomi Bumiputera.

Impak Kami

Jumlah Komitmen Pelaburan

RM5.1billion

Jumlah Nilai Pemegang Saham

RM8.5billion

2.0x modal dilaburkan

Jumlah Bilangan Syarikat

50

Setakat 30 April 2026

Peningkatan Ekuiti Bumiputera

RM7.1billion

1.6x modal dilaburkan

Peningkatan Bakat Pengurusan Bumiputera

282

+36.9% sejak penubuhan

Peningkatan Kakitangan Bumiputera

9,981

+13.1% sejak penubuhan

Setakat TK2025

Visi

Menjadi syarikat pengurusan dana modal persendirian bertaraf dunia.

Misi

Membina Syarikat Peneraju Malaysia sambil menggalakkan penciptaan kekayaan dan penyertaan ekonomi Bumiputera secara adil dan mampan berdasarkan prinsip mesra pasaran, merit dan ketelusan.

Nilai Teras yang Membimbing Kami

Nilai teras kami menjadi tunjang kepada misi kami, membimbing setiap tindakan dalam menjana impak bermakna kepada pelaburan, rakan strategik dan komuniti.

1.

Berteraskan Komersial

Kami mengamalkan disiplin komersial yang tinggi untuk memaksimumkan nilai.

2.

Prestasi Tinggi

Kami komited melepasi jangkaan dalam setiap usaha yang kami laksanakan.

3.

Berdasarkan Merit

Kami mengiktiraf dan memberi ganjaran berdasarkan prestasi.

4.

Semangat

Kami didorong oleh semangat untuk menzahirkan hasil yang cemerlang dan melampaui yang biasa.

5.

Fokus

Kami mengekalkan tumpuan yang jelas dalam mencapai objektif strategik kami.

6.

Kerendahan Hati

Kami berpegang teguh kepada asal usul kami dan sedar bahawa kami berkhidmat untuk kepentingan yang lebih besar.

Objektif Pelaburan

Objektif Kewangan

Meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera

Objektif Sosial

Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam empat (4) dimensi:

Pemilikan Ekuiti
Pengurusan
Pekerjaan
Penciptaan nilai dalam rantaian bekalan