
Berteraskan disiplin komersial, kami komited untuk menjana pulangan kewangan di samping mencipta nilai sosial yang signifikan. Didorong oleh usaha wajar yang menyeluruh serta sasaran yang jelas, pelaburan ekuiti persendirian kami memacu pertumbuhan syarikat-syarikat secara mampan, membina usahawan yang berdaya tahan serta berdaya saing dan melahirkan generasi syarikat peneraju Malaysia.
Ekuinas melabur dalam syarikat berpotensi tinggi melalui pengambilalihan, pegangan kawalan atau pegangan minoriti strategik. Kami mentransformasikan dan mengembangkan syarikat-syarikat ini untuk menjadi peneraju pasaran dan pelaburan yang menguntungkan. Setelah nilai berjaya direalisasikan, Ekuinas akan melaksanakan strategi pelupusan pelaburan dengan terancang bagi membolehkan fokus dialihkan kepada pertumbuhan serta penciptaan nilai untuk syarikat berpotensi tinggi seterusnya.

Ekuinas mempelawa syarikat-syarikat pasaran pertengahan Malaysia yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan komitmen untuk mengembangkan perniagaan, menjadi rakan niaga Ekuinas. Sila kemukakan kertas cadangan lengkap merangkumi maklumat seperti yang diperincikan di bawah.
Aktiviti utama syarikat
Senarai Pemegang Saham
Lembaga Pengarah berserta profil
Ahli Pengurusan Kanan berserta profil
Penerangan produk dan perkhidmatan
Ringkasan laporan kewangan 3 tahun lalu dan unjuran kewangan 3 tahun akan datang termasuk:
Pendapatan/ Untung Kasar
EDITDA / EBIT
PBT / PAT
Dana Pemegang Saham
Hutang
Pelupusan penuh atau sebahagian / suntikan ekuiti baharu
Pegangan tersedia / Saiz urus niaga / Jumlah yang diperlukan
Keuntungan sebelum cukai (PBT) / Keuntungan selepas cukai (PAT)
Cadangan penggunaan hasil (jika melibatkan ekuiti baharu)
Saiz Industri
Kadar Pertumbuhan
Ciri-ciri Industri
Pemain Pasaran