Ekuinas Logo
Kenali Kami
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Peranan Kami
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Ruang Berita
Keratan AkhbarPengumumanLaporan
enbm
Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat
Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Alamat Pejabat

Ekuiti Nasional Berhad 200901025164 (868265-U)
Level 16, Surian Tower,
No.1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Emel:

[email protected]

Telefon:

+603 - 7710 7171

Faks:

+603 - 7710 7173

Kenali Kami

Mengenai KamiKepimpinan & Warga KamiTadbir Urus Korporat

Peranan Kami

Ekuiti PersendirianKredit PersendirianCapacity Building
Mencipta Nilai
Memperluas Skala Syarikat Pasaran Pertengahan MalaysiaMemperkasa Penyertaan BumiputeraMencipta ImpakKelestarian sebagai Pemangkin Penciptaan Nilai

ILTIZAM

PendidikanKeusahawananKomuniti

Ruang Berita

Keratan AkhbarPengumumanLaporan

Ikuti Kami

Hubungi Kami

© 2026 Ekuinas - Ekuiti Nasional Berhad

 hero image

Mencipta Nilai

Mencipta Nilai Berteraskan Matlamat dan Impak.

Membangunkan Syarikat Pasaran Pertengahan MalaysiaMemperkasa Penyertaan BumiputeraMendorong Impak Bermakna Melalui ILTIZAMKemampanan sebagai Pemangkin bagi Penciptaan Nilai

Di Ekuinas, penciptaan nilai melangkaui penyediaan modal. Kami memperkukuh dan mengembangkan syarikat, meningkatkan ekuiti dan penyertaan Bumiputera, memperkasa usahawan, pelajar, belia dan komuniti melalui ILTIZAM, serta menerapkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi membina syarikat-syarikat yang berdaya tahan dan berdaya saing, bersedia menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan untuk menjana nilai jangka panjang sambil menyumbang kepada kemajuan negara. 

Membangunkan Syarikat Pasaran Pertengahan Malaysia

 scaling section image

Memacu Perniagaan Menjadi Peneraju Industri.

Kami mentransformasikan syarikat pasaran pertengahan menjadi peneraju industri masa hadapan dengan membuka potensi pertumbuhan, memacu kecemerlangan operasi dan membangunkan kepimpinan yang kukuh. Melalui peluasan perniagaan, transformasi dan pembangunan barisan kepimpinan, kami membina peneraju industri yang berdaya tahan, berdaya saing serta berprestasi tinggi, lantas mewujudkan impak nasional yang berkekalan.

Sorotan Pelaburan

Portfolio kami menampilkan syarikat-syarikat yang telah mencapai pertumbuhan signifikan melalui pelaburan strategik kami. Kisah kejayaan syarikat-syarikat ini mencerminkan komitmen kami untuk mencipta nilai dan impak melalui kerjasama yang berfokus kepada pertumbuhan mampan dan jangka panjang.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd

APIIT Education Group

Icon Offshore Berhad

Orkim Berhad

Tenby Schools

Tranglo Sdn Bhd

Keterangkuman Dibina, Bumiputera Diperkasa

Melangkaui pulangan kewangan, kami memperluas penyertaan Bumiputera melalui pemilikan ekuiti, kepimpinan, peluang pekerjaan serta rantaian bekalan. Usaha ini membina ekosistem perniagaan Bumiputera yang lebih inklusif dan berdaya saing, serta memacu penciptaan kekayaan yang mampan.

Mendorong Impak Melalui ILTIZAM

 iltizam section image

Memperkasa Aspirasi, Mentransformasi Kehidupan.

Matlamat ILTIZAM sebagai platfom impak sosial Ekuinas berteraskan usaha menghasilkan impak sosio-ekonomi yang bermakna dan mampan untuk komuniti Bumiputera. Kami membina keupayaan, mengukuhkan daya tahan komuniti dan memastikan setiap inisiatif menghasilkan kemajuan yang terukur serta berpanjangan. Berpandukan tiga tongak utama, iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Komuniti. Kami komited dalam memperkasa aspirasi dan mentransformasi kehidupan demi masa depan yang lebih inklusif dan bermakna.

Menerusi pelbagai program yang dilaksanakan, kami memperkasa komuniti Bumiputera, merangkumi usahawan, belia, kanak-kanak serta golongan yang kurang mendapat perhatian dengan pengetahuan, kemahiran dan peluang yang diperlukan untuk mencapai potensi mereka. Sama ada melalui pembangunan perniagaan, pendidikan dan latihan untuk belia ke arah pekerjaan yang mampan, atau khidmat komuniti serta pemeliharaan seni dan budaya, matlamat kami kekal jelas iaitu membantu mereka membina aliran pendapatan yang mampan, mengukuhkan daya tahan dan meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka.

 iltizam section iconJumlah Pembiayaan yang Diagihkan (Sejak 2012)RM115 Juta
 iltizam section iconJumlah Penerima Manfaat95,000

Kemampanan sebagai Pemangkin untuk Penciptaan Nilai

Komited Terhadap Kemampanan Bermatlamat.

Kami menerapkan prinsip ESG merentasi pelaburan dan operasi. Kami memacu pertumbuhan yang bertanggungjawab, mengembangkan impak sosial menerusi sokongan terhadap keusahawanan, pendidikan dan komuniti, berpandukan empat tema yang sejajar dengan tujuh Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tema Kemampanan

1.

Memperkasa usahawan, komuniti setempat dan golongan yang memerlukan.

2.

Menyemarakkan inovasi perniagaan serta pembangunan bakat dan warga kerja.

3.

Bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam setiap tindakan.

4.

Menerapkan tadbir urus terbaik berlandaskan prinsip etika.

Matlamat Pembangunan Mampan PBB (UNSDG) yang Diutamakan

Tumpuan ESG

Pengurusan Tenaga

Pengurusan Sumber Manusia dan Persekitaran Kerja

Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)

Perolehan Sumber secara Bertanggungjawab

Kesejahteraan Pelanggan dan Kualiti Produk

Pengurusan Air dan Sisa

Hak Asasi Manusia dan Hubungan Komuniti

Tatakelakuan Beretika Dalam Perniagaan

Impak Ekologi

Kesinambungan Perniagaan dan Pengurusan Risiko

Privasi Data

Keterlibatan, Kepelbagaian dan Keterangkuman Pekerja