Syarikat Portfolio Kami
Penerangan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) ialah peruncit pakaian dan kelengkapan sukan pelbagai jenama hak milik Bumiputera yang terkemuka di Malaysia. Al-Ikhsan dikenali dengan rangkaian produk jenama-jenama antrabangsa eksklusif dan berkualiti tinggi yang diperoleh terus daripada pengeluar dan ditawarkan pada harga yang kompetitif. Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, Al-Ikhsan kini menguasai lebih 35% bahagian pasaran dalam industri runcit sukan pelbagai jenama di Malaysia, merangkumi peralatan sukan, pakaian dan kasut. Dengan hampir 130 cawangan milik korporat di seluruh negara, Al-Ikhsan menawarkan produk jenama antarabangsa terkemuka seperti Adidas, Nike, Puma, Umbro dan Lotto, menjadikannya salah satu peruncit paling berpengaruh dalam landskap peruncit sukan Malaysia.
Tarikh Perolehan